Monday, 1 August 2016

Pasu Bunga Murah 😱

Assalamualaikum...
Eid Mubarak!

Balik cuti raya dari kampung tempoh hari, saya sempat singgah di Ipoh untuk mencari pasu bunga murah. Iye, memang murah awak. Nak nangis rasanya sebab tak boleh nak beli banyak.(Insert my cry here). Kiriman mak dari kampung pun dah penuh kereta. Kalau beli banyak nanti mahu ada anak3 yang terpaksa duduk pasu.

Pasu bunga yang dijual dikategori sebagai reject tapi pada saya ok je. Bukan ada pecah atau rosak teruk, sekadar minor reject. Pada kasarnya nampak ok ja😊. Bila dah tanam pokok,susun depan rumah memang nampak comel aje.

Lokasinya di Jalan Milee sebelah stesen minyak BHP Jalan Kuala Kangsar Ipoh. Bila nampak signboard Jalan Milee sebelah BHP tu, jalan terus sampai jumpa kilang ni. Senang saja nak cari, inshaAllah. Boleh tanya pakcik waze.😉


Sampai di sini, anda akan disambut oleh seorang Indian Lady yang sangat sopan dan peramah. Pasu ada banyak jenis, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Harga memang murah.



Alhamdulillah, ini hasil tangkapan saya 😘. Yang tinggi tu RM10 (4biji) dan yang rendah RM4 sebiji. Kalau beli banyak,mungkin dapat lagi murah. InshaAllah di lain masa, harus singgah lagi. Terima kasih orang Ipoh sebab jual pasu murah.




Thursday, 11 February 2016

Kita Bina Hidup Ini...

Kita bina hidup ini, 

Dengan kecukupan bukan dengan kelebihan

Dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan

Dengan kemudahan bukan dengan kesenangan

Dengan keperluan bukan dengan kemahuan

Dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan

Dengan kekayaan bukan dengan kemewahan

Dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.


Kita bina hidup ini,

Bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya

Bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya

Bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya

Bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya

Bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.


Kita bina hidup ini,

Dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi

Dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan

Dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri

Dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.


Kita bina hidup ini,

Bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan Berita Minggu, 14 Feb 2010 }

Cp
© Kimidori Sugar
Maira Gall